Tips Mengulangkaji Menjelang Peperiksaan

LANGKAH A - ANALISIS TOPIK
1.Senaraikan semua topik yang telah dipelajari
2.Senaraikan semua topik sepertimana yang terdapat dalam sukatan pelajaran (anda boleh dapati topik-topik dari buku teks atau sukatan pelajaran yang boleh didapati dari guru atau membelinya di kedai buku.
3. Buatkan perbandingan dan kenalpasti mana-mana topik yang belum dipelajari atau belum difahami.

LANGKAH B - MENCARI MAKLUMAT
1. Topik-topik yang belum difahami sila cari maklumat sama ada dari guru atau membuat nota sendiri atau berbincang dengan rakan-rakan.
2. Pastikan setiap topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran itu difahami walaupun ianya dianggap tidak penting.
3. Nota-nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda atau lain-lain cara yang mudah diingati. Rujukan untuk membuat nota harus dibuat berdasarkan buku teks yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mempastikan isi-isinya tepat. Untuk maklumat pelajar isi-isi pada soalan-soalan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan adalah dirujuk pada buku teks yang rasmi yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.

LANGKAH C - MENGULANGKAJI
1.Setiap hari buat latihan sama ada menggunakan buku teks atau buku kerja terutama bagi mata pelajaran maths dan sains.
2.Bagi pelajaran yang berbentuk esei sama ada karangan atau lain-lain mata pelajaran, pilih soalan dari kertas peperiksaan tahun-tahun lepas atau soalan-soalan dari buku teks dan buku kerja dan kemudian carai dan catatkan isi-isinya dalam kertas latihan

0 comments:

Post a Comment